Sunday, May 24, 2015

My First Problem with the Exora Turbo 

- Date: 1st May 2015. 
- Location: LPT. RnR Lancang arah Timur.
Mileage: 3445 km.
- Description:
Nak balik ke Kemaman sempena cuti panjang Hari Buruh bersambung dengan hari Wesak.
Bertolak dari KL jam 1 pagi. Jem giler. 
Sampai time panjat bukit naik terowong ada bunyi kurang menyenangkan kat bahagian enjing. Bunyi cam enjing lori gitu. Buat dek je lah. 

Sampai RnR lancang berenti jap. check bunyi. Nampak enjing mcm ok je. xde minyak kluar. Benti tido jap. Jam 5 bangun mulakan perjalanan. Tak smpai 200m kluar drp hentian rehat enjing mapuh kerah. sib baik kat lorong kiri. Benti la kat emegenc lane. 

Cam bese, pasal dah penah kene breakdown kat karak ngan waja dulu, Call higway operator mintak tolong. Dorang datang sejam kemudian. Cek lebey kurang. dorang pasang kon kat belakang. Safety first. At the mean time call insuran, mintak lori tarik. Sblm tu call Proton Auto Assist yg tertempek kat cermin kete, Kete baru katakan, Bau kedai xilang lagi. Tak menghampakan, dorang masih lagi layan call pkul 4 pagi. Tanya kat mana pusat service proton terdekat dgn Lancang. Dorang routekan aku ke Temerloh. 

Tow truck insuran datang jam 6.30 pagi. Trus ke Proton Temerloh. Hari  tu cuti. So aku tinggalkan kete kat dlm area dorang dgn pertolongan pak guard. Tima kasih Pak Gad.  Bagus pak Gad tu.

Hari Ahad aku terima call drp Proton termeloh tyakan pasal kete aku, Alhamdullilah dorang bagi kete ganti, Persona. Aku amek kete ganti kat Proton Kerteh, pasal pengurus Proton Temerloh tu bagi pinjam kat Kerteh, So tak jauh sgt la aku nak ke Temerloh. 

Lepas 2 minggu bermalam di Proton Temerloh, siaplah jua kete kudaku,

Lupo lak. Hari keto aku tersadai kat Temerloh tu. Aku mintak tolong adik aku kat kemaman dtg ambik aku dah kanak riang kat Proton Temeloh, Timo kasih banyok adik aku. Banyok tulung aku. 
(sebab dia sorang je available yg tak kija hari tu).

Masa balik ambik kereta dr Temerloh ... ada pulak bunyi pelik time aku tekan minyak byk cikit. Bunyi macam kat Turbo ... yg tu next story ... 

Sekian timo kasih,

#ProtonExoraCFE #ProtonExoraTurbo #CamshaftPatah #BrokenCamshaft


No comments:

Post a Comment